<$Username$>Through Out My Mind

LAYAN BLUES


about me

Name: Hanee Fakhrurazi
Age: 23 years old
Field: Consultation



archive

03/01/2004 - 04/01/2004 04/01/2004 - 05/01/2004 05/01/2004 - 06/01/2004 06/01/2004 - 07/01/2004 07/01/2004 - 08/01/2004 11/01/2004 - 12/01/2004 12/01/2004 - 01/01/2005 01/01/2005 - 02/01/2005


Meh kite gi lompat sini:)



Meh Conteng

Tagboard

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com



Saturday, January 15, 2005


Lama tak menulis di sini.:) alhamdulillah saya selamat di Bumi Malaysia setelah
hampir 26 hari di Sudan. Erm best jugak rasenye.. bile kat sane, teringat bumi Mesia.. Tempat jatuh lagikan dikenang..:) Bila balik sini terkenang plak kat sane:).


Saya ke sana di bawah tanggungan MERCY Malaysia. Misi saya mungkin
kedengaran agak simple:), just utk set up sistem penghantaran makanan
kepada pesakit di Hospital Algeneina. Base camp kami ialah di Al-Geneina,
West Darfur, 3 jam perjalanan dgn flight dari khourtum. Di Al-Geneina,
(Al-Geneina nih macam lebih kurang mcm satu penempatan yang lengkap la,
ada office Ministry of health, ada sekolah, hospital, mahkamah, ministry
of education, kira mcm bandar la.. tapi.. keadaan bandar die seperti
keadaan tanah Melayu di zaman sebelum kemerdekaan kita. Walaupun Sudan,
berjaya mendapat kemerdekaan setahun lebih awal dari kita, iaitu 1 Jan
1956, namun dari segi pembangunan infrastuktur, peluang pekerjaan dan
olahan negara nya, tak seperti di Malaysia. Bila di sana, actually saya
amat bersyukur di lahirkan di Malaysia.

Al-Geneina juga merupakan satu kawasan penempatan utk IDP's (Internal
Displaced People) iaitu kawasan penempatan pelarian dari wilayah
(darfur) dalam negara itu sendiri. kalau pelarian dari negara lain kite
panggil refugees. Lebih kurang ada 7 kawasan kalau tak silap saya laa.
antaranya, Kem Kerinding 1 dan 2, Hujjaj, Riyadh, Ummul Qura and dah tak
ingat:) Setiap penempatan ada antara anggaran 10 ribu, atau mungkin lebih.
Dari segi security, sana kire selamat la.. Berkenaan dgn konflik yg
melanda, saya pun tak berapa nak sure.. macam2 sumber, so tak payahla
sentuh:) takut salah fakta. Lebih baik berkongsi pengalaman sendiri je:)
Hampir 100% penduduk al-Genneina adalah muslim.

Antara International NGO yg ada di sana bagi menguruskan kem IDP's nih ialah
UNHCR, Islamic Relief, Saudi red Cresent, Save the Children, Oxfam
(specialized dalam sistem saliran air), WHO, Mercy Malaysia. IARA, OCHA,
MSF.. Dan kami mempunyai hubungan yg paling baik dgn Islamic Relief dan
Saudi Red Cresent.

Actually , Dalam urusan kem pelarian atau bantuan emergency, ada 4 komponen yg
perlu di lengkapkan.
1. Makanan
2. Kesihatan
3. Education
4. Saliran dan Air.

So NGO's nih akan melengkapkan 4 komponen nih la di samping melatih
orang tempatan utk mengendalikan setelah hand over. Ini dipanggil Capacity
Building.

Kembali kepada misi saya, Saya ke sana bukan beri kaunseling suh makan
itu atau makan ini:) Actually, di hospital Al-geneina tuh, tak de
disediakan dapur, setiap pesakit kat sana memang tak disediakan makanan
oleh pihak hospital. apa yang berlaku pihak keluarga sendiri yang akan
berkhemah di dalam kawasan hospital dan masak kepada pesakit. Kalau yang
ada saudara mara tuh kire ok la, ada org nak masak, tapi kalau pesakit
yang takde sedara mara yang berkampung kat spital tuh, sebagai contoh
pelarian2 tuh, jadi memang die tak makan laa.. Jadi salah satu antara
misi Mercy Malaysia ialah rehabilitate kitchen and set up kan sistem
penghantaran makanan kepada pesakit and melatih org tempatan utk
kendalikannye setelah hand over

Orang Sudan nih tak macam org Malaysia. org Malaysia nih mewah sampai
sehari kadang2 5-6 kali waktu makannye:) Sudanese mempunyai 2 hidangan
utama iaitu Fatur (jam 12). Ini adalah satu kemestian. and satu lagi
waktu makan ialah makan malam la. waktu pagi2 dlm kul 8-9 tuh, kalau
diorang makan pun, dieorang minum syai (teh) atau pun just segelas susu ke..
so simple. Makanan yang lazimnye (Al-geneina), ialah full musri, adas,
dama (lahm karuf- kambing), and salatah, tapi sedap la fuul salatah,
guna fuul sudani- macam lebih kurang rasa cam peanut butter, ditambah
dengan perahan asam limau. Makanan ruji ialaha raqif, iaitu roti seakan2
roti nan. Nasi mereka ialah sebagai sampingan, atau pencuci mulut,
dimasak bersama minyak dan diletakkan gula:) Memandangkan saya nih jenis
yang tak kisah tentang makanan, saya pun makan je makanan sudan nih,
kecuali fuul musri je yg tak leh nak masuk:)

Menyentuh soal culture pula. Pada kebiasaannya, apabila Sudanese nih
bile berjumpa, pasti mereka akan bersalaman, tanpa mengira lelaki atau
perempuan, ini adalah culture diorang.And kalau mereka merasakan terlalu
rapat dgn seseorang, mereka akan bersalam and menyentuh bahu rakan
tersebut. Tapi kalau kite nak elakkan bersalam kite just bagi salam sambil
tunduk sikit and letakkan tgn kanan kite di bahu kite, so diorang akan
faham. and takde la hulurkan tgn. Kebiasaan mereka walaupun berjumpa,
berselisih di jalanan, mereka tetap akan beri salam walaupon kengkadang
tak kenal.. (nih kat Al-genenina la) Ucapan salam and tanye khabar
walaupun jumpa di jalanan sebentar je pun, mak aih.. punyela panjang, siap
ulang2 lagik.. sebagai contoh:
"Assalamuaalaikum, kaif? alhamdulillah? tamam? Quais? Allahu barik
fiih.. Ulang lagi.. tamam? Quais? then jawab, Allahubarikfih, ulang jawab
lagi tamam, quais.. dok ulang yang tuh punye lama.. masyaAllah..
kengkadang bile dah start jalan pon dok still dok ulang tamam and quais tu:)

Di Al-geneina, wanita byk yg menjadi buruh binaan, isk kesian la tgk,
yg tua2, muda, kanak2, ada yang angkat pasir, ayak pasir, angkat bata,
angkat air utk bancuh simen, Aduuhh.. kesian la tgk kedhaifan pakaian,
wajah.. Semua pekerjaan adalah mengggunakan tenaga manusia, sebagai
contoh nak nak buat foundation utk bangunan, nak tanam batu- sebagai
konkrit tuh, lubang digali, batu yg besar2 digunakan penukul utk
dipecahkan..Yang pecahkan2 batu and korek lubang nih, buruh lelaki la..Tapi pelik
la.. lelaki yang lain, macam kat kawasan hospital tuh, dok berjemur,
bersembang, melepak, kalau dkt pasar tuh, dok bertenggek kat kedai
kopi/teh cangkung:) - ni istilah student sudan:) kedai tepi kaki lima, yang
jualnye adalah perempuan, tapi memang takde org perempuan yg duduk minum
situ kecuali kami:)- Hawaja and Hawaji. kat tepi meja kecik die tuh die
letakkan kan la kerusi pendek and kecik utk pelanggan die minum. Tapi
lelaki ramai yg keje tpt welding besi, kedai tempa besi, kedai benzene.
and saya tak berapa sure sgt ape lagi sumber pendapatan mereka.

Istilah Hawaja (bg perempuan) dan Hawaji (bagi lelaki) adalah istilah
bagi org luar. Ada org yg mengatakan hawaja/i nih dipanggil kepada
mereka yang berkulit sedikit cerah. Kulit lain daripada org sudan la. Tapi
ada org kata , istilah nih dipanggil kepada mereka yg bukan beragama
Islam. Memandangkan penduduk Al-Genneina nih rata2 nye miskin, dan takde
TV, and ada sesetangah tak pernah keluar dari Al-Geneina,mugkin sebelum
nih mereka tak menyangka ada juga org islam yang berkulit cerah sikit
dari mereka. Tapi bagi org dewasa, mereka jarang memanggil kite dgn
panggilan hawaja/i nih . Tapi, diorang still akan tanye kite, anti muslim?
walaupon kite bertudung. Pelik saya:) Cuma kanak2 je, bile kite lalu
tepi diorang.. dieorg panggil "hello hawaja" :) tapi cepat2 la kite
balas.. " Assalamualaikum. Ma fi hawaja, ana muslimin.. min malizi:)

Di Al-Geneina, tiada kemudahan jalanraya. Kenderaan yg digunakan ialah
himar( angkut air, barang2) and kereta kuda. Kenderaan bermotor ialah
lori and 4W drive. kalau guna kereta macam kancil, sure takleh jalan
sebab kite bergerak atas pasir. Kebiasaan , mereka berjalan kaki. hehe..
saya nak berjalan kaki 5 minit dari rumah Mercy ke hospital lebih penat
daripada berjalan kaki dari rumah sewa ke HKL yg ambil masa 20 minit.
Bukan sebab ape, sebab berjalan di atas pasir.. nak angkat kaki pun
penat gaks:) dan kebetulan waktu saya di sana adalah permulaan utk musim
dingin, berjalan bertentangan dgn angin lebih memenatkan saya.. Erm
bayangkan cemana kisah rasulullah dan sahabat merentasi padang pasir dulu:)

Berkenaan soal Attitude dlm mereka bekerja erm.., entahla,, susah nak
cakap.. dari segi time management diorang, urusan kerja, tersangat la
lambat, and maaf saya katakan di sini, sesetengah mereka memang tak
bersemangat langsung nak bekerja, and buat keje pon macam malas2. Meja kerja
diorang kosong, kengkadang saya singgah kat Ministry of Health, tgk
diorang dok lepak, sambil sembang sambil minum teh, hehe tak paham ape
kejer diorang buat:) Mungkin tak buleh nak salahkan juga. Pada pendapat
saya, satu, sebabnye, mereka takde inisiatif utk memajukan diri sendiri,
kurang kreatif utk buat satu bende baru. takde sifat berlumba2 macam
kite adalah disebabkan kurang pendedahan dan insentif yang tidak
mencukupi dari kerajaan . Kite dalam institusi kite, pekerja cemerlang ada
peluang naik gaji, naik pangkat, ada anugerah kecemerlangan. Tapi diorag
takde, so mungkin ni sebabnye tiada usaha utk berlumba2 memajukan
diri.Bayangkan, gaji doktor pon tersangat la kecik 240USD. Kalau kerani lagi
la rendah.. Tapi kos sara hidup sana agak tinggi.

Di sana tiada proper sistem utk sisa buangan. kalau air dalam bilik
air, just dialirkan ke luar rumah, and keluar dari rumah tuh mugkin
diserap oleh pasir:) elektrik hanya ada bermula dalam lingkungan jam 3-4 p.m
hingga 12 tengah malam. Kalau ada letrik, bagi rumah yg ada tangki,
barulah air buleh dipam dan dinaikkan ke tangki.Bagi yang takde tangki
dirumah, air diangkut dari sebuah perigi diletakkan di dalam kantung dan
diangkut oleh himar. memasak adalah menggunakan kayu arang. Tapi bagi
yang kaya, adalah dapur gas.

Sekarang nih kat sana memang musim sejuk. Darfur adalah lebih sejuk
berbading di khourtum. dinginnya adalah bersama2 dgn angin kering.. fuuh
hawa' kathir:)

Alhamdulillah dalam masa yg singkat di sana , ia byk mengajar saya, dan
byk membuatkan saya berfikir.. So kalau berpeluang menjelajah dan
mengembara, kutiplah peluang tuh, tak semestinya, kite berjalan2 kat tempat2
yg indah/ atau tempat pelancongan je..:) Sememangnya, Sudan tuh
bukanlah destinasi pilihan utk melancong, tapi ia banyak memberi pengajaran
kepada kite seandainya kite berfikir:)


“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya
malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang
yang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau
duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang
penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah engkau
menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari
api neraka.”
(Ali-Imran:190-191)

Perjalanan yang melibatkan pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat
makhluk ciptaan Allah di langit dan di bumi, sesungguhnya pasti ia byk
mendatangkan keinsafan dan menambahkan kesyukuran kita. So kalau
berpeluang, berjalan lah kat muka bumi Allah ni and berfikirlah tentang
kebesarannya.

Terima kasih kepada Mercy Malaysia. Terima kasih utk rakyat Malaysia
yang memberikan sumbangan bagi menjayakan setiap misi. Sumbanglah lagi
jika berkemampuan:) Sumbanglah ape saje benda yang anda buleh
sumbangkan.:) Sedeqah kite ke satu2 perkara yang berfungsi secara berterusan
merupakan sedeqah kite atau amalan kite yang beroleh pahala yang
berpanjangan. Moga Allah merahmati dan menerima amalan kita. Insyaallah.

Hingga berjumpa lagi.. Sorry, kalau ayat berterabur and tidak
tersusun:)



Hanee at 9:44 PM
|
Monday, December 13, 2004


World Feeding Programme di Hospital Al-Geneina

Alhamdulillah, Akhirnya tiba juga di bumi "Pertemuan Dua Nil", bandar Khourtum, Sudan. Esok akan bermula perjalanan ke Darfur. Misi agak besar juga utk dilaksanakan. Actually misi yg nak kena buat nih ialah utk build up satu kitchen system, How pt will get their diet. 'Hospital Algeneina' tempat dimana, pelarian Darfur yang mengalami masalah kesihatan mendapat rawatan. Tak macam di Malaysia, semua pesakit yang tinggal di wad akan disajikan dgn makanan. ERm tapi tu pun ada segelintir dari kita yang tak mensyukuri atas apa yg ada, 'komplen' itu dan ini.. tak sedap la, macam macam la.. Insap juga dok kat sini.. :)

Dapur di Hospital Al Geneina nih dah 12 thn ditutup. So pesakit yang tinggal dihospital akan diberi makan oleh penjaga mereka yang 'berkampung' di tepi kwsn hospital dan masak makanan di situ.. tapi yg tuh bagi yang ada keluarga. Kalau bagi sesapa yg tak de kuarga tuh,, alamatnye memang tak makan la..

Atas misi kemanusiaan, MERCY Malaysia, tampil ke hadapan utk membantu sudanese people especialy pelarian Darfur nih yang hampir 100% umat Islam utk set up kitchen system bagi hospital nih.. MasyaAllah.. hehe.. Insyallh YA Allah.. mudahkanlah utk aku.. amanat Datuk Dr Jemilah perlu sentiasa disemat.. "Ingat..kerja mesti ikhlas dan niat yang baik, Insya Allah akan dipermudahkan.." YA!! Insyallah.. Allah mudahkan jalan..

Bermula dari permohonan utk mendapatkan cuti, alhamdulillah dalam masa seminggu, permohonan dah diluluskan.Di KLIA, barang yang hampir 53 kg, dilepaskan masuk ke kargo. Tiba di Sudan alhamdulillah, di alu-alukan oleh keluarga Petronas dan kenalan yg ada di Sudan.. alhamdulillah rezeki murah:) senang la nak dapat makanan. Moga lepas-lepas nih Misi ini dijayakan oleh Allah.. erm.. semeangnya. isk isk isk... datang laa Sudan, tinggal di sini seketika.. Insyaallah, anda semua akan hargai kehidupan dan kemajuan serta kemakmuran kita di Malaysia..

Insyaallah dgn sokongan semua rakan dan kenalan.. ini memberikan semangat dan kekuatan yang amat besar utk aku pikul tanggungjawab nih.. Doakan kejayaan ambo ek... :)




Hanee at 3:01 AM
|
Tuesday, December 07, 2004


Apa Bekalan Aku???

Tanya pada diri sendiri, apa bekalan yang aku akan bawa nanti?? apa persiapan yang telah aku buat kini??? Sudah bersiap kah aku.. atau aku masih alpa menanti saat2 berlepas baru kalut dan kusut membuat persediaan.. Masih berpeluangkah aku untuk membuat persediaan atau aku akan menuju ke sana dgn tangan yang kosong..??

"Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia.. maka akan terputus laa segala amalannya kecuali 3 perkara:
1. Doa anak yang soleh
2. Ilmu yang dimanfaatkan
3. Sedekah jariah yang berpanjangan"

Mungkin tidak pernah terfikir, seorang buruh kasar yang membina bangunan masjid/ hospital... HANYA SEORANG BURUH.. yang badannya disaluti debu simen, berpakaian compang camping.. mulianya seakan- akan ibarat para ilmuwan, pentahfiz Al-Quran, walau hanya dengan keringatnya membangunkan sebuah bangunan yang diguna pakai bg membangunkan kemashlahatan ummah.. Walau tanpa ilmu yang tinggi, Wallahu a'lam, mungkin dgn rahmat Allah, pahala mereka berjuta-juta kali ganda...Siapa tahu?? Selagi mana binaan itu teguh berdiri, selagi itulah mengalirnya amalan2 mereka masuk ke 'buku rekod'..

Aku kini... terfikir-fikir.. mencari-cari... akan apa yg perlu aku lakukan... menapak ke satu pelaburan yang bakal menjanjikan aku satu keuntungan yang besar walaupun aku sudah tidak melakukan perniagaan itu kelak..

Selidikilah ke mana perlu tumpahnya keringatmu,
Ke mana cabang perniagaan yg menjanjikan keuntungan besar buatmu,
Tiap detik waktu yg berlalu perlu di isi dgn sesuatu..
Alangkah bahagia nya aku, Andai baja yg aku tabur bakal merimbunkan pohon yang akan menjadi teduhan bagi setiap pengembara yang singgah bertandang..



Hanee at 11:15 PM
|
Monday, November 22, 2004


Lemas aku.. KL kembali sesak arini, minggu lepas aku hanya mengambil masa 10 saat je untuk melintas jalan, ari ni aku mengambil masa hampir satu minit utk nak lintas jalan. Kawan aku mengambil masa 30 minit dari Kg Attap utk ke HKL arini, berbanding 10 minit je minggu lepas.. Akak cleaner yg selalu dok cuci kwsn pendaftaran pon tak lepaskan peluang utk mengomel.. katanya pagi ni je daripada jam 7.30 a.m - 8.30 a.m dia dah angkat 2 kampit plastik yg full dari tong sampah berbanding minggu lepas sekampit plastik pon lambat nak penuh.. Tuh tak termasuk parking kat spital lagi tuh, minggu lepas kosong je.. berbanding arini, ada kwsn yg sampai bertindan2 sampai 3 layer, sampai tak nampak lorong nak keluar laa.. kena tunggu org yg paling ujung sekali kuarkan kereta dia.. barulah hat yang parking ter dalam sket tuh buleh keluar.. Segala-galanya sesak semula macam sebelum cuti raya.. tak tahulahh ada berapa juta org yang berkampung/bekerja/tinggal kat KL sekarang nih.. Tapi sebenarnya.. aku suka tinggal kat KL:D



Hanee at 7:51 PM
|
Sunday, November 21, 2004


Salam.. Salam Aidlfitri.. Arghh lama tak menulis.. rasa kaku, otak lesu, fikiran pun jadi buntu.. Mungkin dipengaruhi oleh suasana detik ini juga.. Berseorangan, di ruang rumah yang sepi.. Tapi nak buat mcm mana.. sudah tanggungjawab, terpaksa meninggalkan keluarga, kembali berseorangan di kota ini, untuk menyambung tanggungjawab yang ditinggalkan sebelum Aidilfitri..

Thn nih, giliran cuti raya, jatuh sebelum.. Sejak 6/11/04 dah start amik cuti.. tapi nasib baik, raya jatuh hari Ahad, so 16/11/04, Selasa dikira sebagai off day juga.. haha.. kerja pon ada giliran cuti.. Tapi nasib baik, profession tak memerlukan on call atau bekerja pada public holiday.. hehe.. kalau tak lagi parah rasanya..

4-5 bulan menyepi dari blogging.. arghh.. masa terlalu cepat berlalu.. Macam-macam dah berlaku dan dilalui, projek, kursus, reunion, anjakan paradigma, keadaan dunia seanterio, israel, iraq, sudan..huh apa lagik?? :D Dunia sudah bongkok.. Zaman hampir sampai pada penghujung akhirannya.. erk.. apa aku merepettt nih hehe..

Hari ini terpanggil semula utk melayarkan kembali pemikiran yang dah lama beku di sini.. Moga semangat sentiasa berkobar-kobar.. ahaks.. buat teman2 blogger thanks for da support.. abg op, kak mulan, toped, duan, hanis, anne,kak ina and semua-semua laa.. Maaf Zahir Batin, Kullu am Wa antum bilkhair.. eid mubarak:)

Sekian massehhh..



Hanee at 1:11 PM
|
Friday, July 30, 2004


Adeh.. entahla.. kesibukan ape ntah yg menghantui segenap ruang dan detik saat dalam kehidupan harian dalam masa seminggu nih.. Sampai tak menyempat nak update, tak menyempat nak lawat teman2 nye blog.. Actually nak kata sibuk giler babas sangat tuh takderlaa pon.. cuma hari senin je yg ada tuisyen sebelah malam, selasa : oo.. pegi swimming kat UIA.. haa.. kak ina.. hanee skrg nih dah start balik dah gi swimming kat UIA tuh tapi insyaallah sekali seminggu jek la.. mahal lah org luar masuk situ.. dieorg charge sampai rm4 sekali masuk.. kopak jugak tuh.. rabu.. erm balik awal sampai umah, khamis pon gitu jugak.. jumaat ari nih.. tadik sampai umah kul hampir kul 10pm sebab melencong gi PC FAIR kat PWTC lepas opis tuh.. adeh.. muehhehe.. ahaks.. akhirnye terbeli jugak kamera digital idaman mueheh.. peghabih duit jek.. adeh.. ehh rugi ke tak rugi ek membeli kamera digital nih.. hehehe:D

Entahlaa.. semenjak dua menjak nih.. letih benor la bile sampai umah.. asal letak kepala kat bantak je dah terus tido walaupon time tuh baru kul 9pm.. isk.. nak kata byk keje sgt sampai letih.. mmg selalu sama jek keje dan beban keje nih.. Jadik mungkin TIDAK MUNGKIN beban keje yg meletihkan den.. bile2 pikir balik, ntah2 sebab kurang keperluan badan agaknye.. kurang nutrien esp vitamin.. eskkkk.. tak suka benor nak amik multivitamin nye pil.. mungkin sebab terlalu obsess dgn merasakan diri sendiri dah dapat cukup semua vitamin dan mineral yg diperolehi dlm makanan harian yang diambil, so tak suke nak amik2 pil vitamin tambahan.. tapi yg pastinye mmg tak cukup la.. sayur sejak 2 menjak nih jarang dapat.. sebab dah jarang nak mkn nasik.. adeh dietitian apokah eden nih.. hehhe.. cakap tak serupa bikin.. kite slelau camtuh kan..bukan main nasihat org len, tapi diri sendiri kannye mau ikut.. poyo je suruh org makan sayur ngan buah ari2.. hehhe.. tapi buah dapat la ari2 , sayur tak cukup laa.. rasenye tuh sebab agaknye laa letih. tidak memenuhi permintaan keperluan badan..Kesimpulannye marilah makan sayur dan buah ari2.. Semalam try minum milo+susu sebelum tido.. ternyata ia berkesan.. kata org 'minuman bercoklat dan bersusu akan membuatkan org lebih cepat ngantuk', rasa mcm berkesan utk diri sendiri jerk semalam, sebab langsung tak terjaga tgh malam, kirenye mendapat tido yg berkualiti aa smlm.. muehhe.. ari nih try sekali laie, nak tgk betui k dak teori tuh:D...

Isk..isk.. ini baru idup membujang.. arghh tertekannye.. cemana nih kalo dah kawen.. penatnye.. diri sendiri pon susah nak uruskan, nih nak uruskan family pulak adeh.. erm.. camnih ke saya kalau bile dah kawen nanti????


Hanee at 11:33 PM
|
Saturday, July 24, 2004


How To Be A Good Speaker:)

erm.. actually tajuk nih merupakan salah satu tajuk ceramah yg terkandung dalam modul kursus induksi yang saya kena hadir bulan april dulu.. saje nak share dengan anda semua.. tentang pengucapan awam:)

Berucap ini sebenarnya adalah merupakan kemahiran (skill) dan ia bukanlah pengetahuan dan realitinya pun memang bukan semua orang boleh berucap kan:) Kemahiran nih juga bukan nya buleh diperturunkan secara genetik, mereka buleh berucap jika mempunyai minat, pendedahan, latihan serta ada org yg guide. Seseorang itu buleh dikatakan berjaya dalam pengucapannya jika ucapan seseorang itu buleh meninggalkan kesan kepada pendengar.. maknanya bukan setakat syok sendiri pegang mikrofon aa:)) audience terlopong je..:)

Jadi, bagaimana nak jadi seorang speaker yang baik??

Ada 5 prinsip pengucapan awam :- ie

1. Inventio /info gathering ( Pengumpulan) -
 
Untuk berucap, seseorang itu mestilah mempunyai  tajuk tertentu, serta buleh mengupas tajuk tersebut dengan baik, untuk mengupas satu2 tajuk , perlu ada informasi dan maklumat tentang tajuk tersebut.. yakni bukan semborono saje bercakap tanpa fakta-fakta serta kesahihan sesuatu perkara:) Jadi untuk mendapatkan maklumat ini, anda perlu bayak mengumpul fakta-fakta. Dengan ini, tabiat suka membaca perlu dijadikan habit bagi memperluaskan kite punye pengetahuan serta memperkembangkan kita punye idea..:) membaca perlulah meluas, merangkumi pelbagai aspek, agama, motivasi, global la,, ape lagi ek.. so macam2 punye hal laa kena tau:) bukan hanya satu bab sahaja. nanti kita susah nak hubungkaitkan ucapan kita atau kite susah nak masuk dalam semua minda pelbagai lapisan masyarakat kita:)

Menurut kajian, pada 1986, purata rakyat kita membaca dalam setahun ialah 1 helai muka surat saja, pada 1996, selaps 10 tahun, ia bertambah laa sikit ke 3 1/2 muka surat setahun. Ini bermakna tabiat serta minat membaca di kalangan masyarakat kita di Malaysia amat kurang.

Selain daripada membaca, informasi dan maklumat buleh kita perolehi dengan menghadiri pelbagai majlis ilmu seperti forum, diskusi ilmiah etc..tgk tv ka, tgk berita ka..haa.. dgn baca blog org kaa selain itu, tanpa kita sedari sebenarnya, melalui sembang2 pagi petang siang malam juga sebenarnya buleh memperkembangkan kita punya idea dan ilmu.. eheks.. jadik, rajin2 laa bersembang ahakss..:) bila kita ada banyak idea, maklumat serta fakta2, kita akan lebih yakin dengan apa yg kita sampaikan dan pengucapan kita akan menjadi lancar.. betul tak? :)

2. Dispositio/organization ( Penyusunan)
 
Setelah kita mengumpul maklumat, ia perlu disusun agar penyampaian kite akan berjalan dengan licin.. Idea yg banyak itu perlu disusun dengan baik. Dalam sesuatu speech ( pengucapan) perlu ada muqaddimah, isi, serta penutup. Dengan susunan yang teratur, ia akan menjadikan pendengar anda kepingin untuk dengar ucapan anda sampai habis:) Kalau idea ada tapi berserabut tak tersusun, nanti akan jadik kelam kabut.. last last orang pun tak faham penyampaian kita.. hehhe.. penyampaian break down ..ehekss. Jadi, persediaan awal amat penting sebelum kita menyampaikan sesuatu ucapan:)

3. Memoria/ Memorize (Penguasaan)
 
sesuatu pengucapan adalah berbeza dengan bacaan penulisan artikel. lain kan kalau kita berucap dengan kita membaca kita punya teks.. kalau baca kita punye teks ala2 pembaca berita ntV 7 atau tv3 jek:D hehehhe. Jadi kena ingat disini.. JANGAN BAWA TEKS :D selagi anda bawa teks, selagi itulah keinginan anda untuk membaca teks itu tinggi.. Tapi ini bukan bermakna dengan tgn kosong pulak, kang tatau pulak susunan ucapan kita.. anda dinasihatkan membawa  keywords saje.. jadi anda kupaslah keywords yang telah di bawa tuh.. so nampak cool kan:D ehekss relaxx saje.. jangan sekali2 berucap dengan tangan kosong, kang tips kedua tadii tidak tercapai hehhe.. Contohnya, kalau presentation, mungkin keywords tuh buleh dibuat dalam bentuk power point ke, atau kalau takde power point, just bawa kad kecik ke, ala2 nota yg dibuat time2 study dulu :D Teks hanya perlu dibaca bila anda perlukan ketepatan serta kejituan sesuati fakta contohnya kalau nak bentangkan statistik ke , so yg ini buleh laa ditulis dalam bentuk teks ok:)

4. Elucutio/ style ( Gaya Bahasa)
 
ha.. ini yang penting ni agar penyampaian kita tak break down.. kadang-kadang seseorang yang terlalu teknikal atau terlalu sains, tend tu use istilah2 yang amat bombastik dan fantastic.. waduhh.. pengsan orang nak faham..:D Bila menyentuh bab gaya bahasa nih, bak kata Aristotle, seorang speaker yang bagus itu ialah menyampaikan ucapannya dalam gaya bahasa pendengarnya.. eheks.. Kalaulah saya bagi ucapan kat mokcik2 yang berlatarbelakangkan pekerjaan di pasar tani di Kelantan 'seseorang itu buleh didiagnos dengan penyakit diabetes mellitus apabila kadar fasting blood sugar melebih 6.7 mmol/L hahhaha.. maunye nak pengsan makcik-makcik tuh nak paham ahakjs.. so kita terjemahkan dalam gaya bahasa yang mudah difahami oleh golongan ini. 'mok cik, mokcik nok kena nyakit  kencing manih ni , kalau selalu kite pekso gule mak cik, sokmo lebih 6.7.. ahakss.. haha.. bantai jek ghoyak.. walaupon dok gheti ahaks.. Jadi mesej yang kita nak sampaikan tuh buleh difahami oleh golongan sasaran kita:) walaupun sesuatu persoalan itu amat rumit, penyampai yang bagus sentiasa akan buleh memahamkan apa yang hendak disampaikan kepada pendengar-pendengarnya:D kalau kite sampaikan sesuatu yang tidak difahamai oleh pendengar kita, no point laa kita buang masa dan air liur kita dengan berucap:)

5. Pronounticito / Delivery (Penyampaian)
 
Ok.. kalau semua dah ada, maklumat dan ada, susunan dan cantik, dah buleh kuasai ucapan tu and gaya bahasa pon dah cantik.. TAPI cara penyampaian tak bagus.. orang pon buleh lena jugak:D... dalam sesuatu pengucapan, kejayaan penyampaian kita banyak bergantung kepada suara serta intonasi semasa kita berucap. kalau la suara punyelaa perlahan ,, adehh.. cemana laaa orang nak dengar butir2 penyampaian kite tuh?? .. last last orang pon  ehekss.. Selain itu.. intonasi mesti tepat.. kalau kita lontarkan persoalan , tapi intonasi mendatar.. ahaksss... cemana?? then, selain itu,, kalau mana perlu noktah ke koma ke.. so berenti laa..:D heheh.. jgn berucap tanpa ada 'pause' plak eheks.. Selain itu, body language juga akan membantu lisan kita.. mana2 yang patut diangkat tangan tuh angkatlaa.. mana2 yang patut digerakkan tangan seadanya, gerakkan laa.. jangan laa dok gerak tanpa keperluan pulak.. eheks..  Yang ketiganya.. mimik muka.. hehe.. kalau time geram tuh, tunjuk muka geram ahaks.. time seronok tuh, buat muka seronok.. eheks.. jgn time sedih dok gelak pulak.. adeh.. susah gaks tuh.. ok.. kalau nak sampaikan sesutu yang berbentuk amaran.. contohnya,, intonasi perlu ditekankan, pergerakan tgn berbentuk amaran mesti dibuat and mimik muka utk tekankan amaran tuh perlu la kena.. jadik barula sampai amaran yang kita nak sampaikan kepada pendengar2 kita :))

okies... cukup 5 perkara ini untuk panduan anda semua.. semoga anda menjadi seorang speaker yang bagus..:)) ingat ia adalah satu kemahiran, kemahiran ini perlu ditanam serta dibajais.. jadi, latihan perlu dibuat selalu bagi meningkatykan kemahiran tersebut..:)

 



Hanee at 2:24 PM
|